SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, November 10, 2010

Lain2 hal pada bulan November

Sekali di imbas begitu cepat masa berlalu, hinggakan admin pun rasa x sempat lagi untuk sentiasa bersama, namun paparan tetap admin keluarkan..
kali ini kisah sebatang pokok yang besar di tepi jalan utama menghala ke Felda Bukit Rokan, w.k telah menghantar surat ke JKR untuk menebang sahaja pokok yang di khuatir membahayakan pengguna jalan raya.
jelas pada 10/11/2010 jam 4.00 petang hadirnya sekumpulan kakitangan JKR untuk mencantas sahaja dahan2 pokok tersebut. Ini bermakna jalan penyelesaian tidak berhenti setakat ini sahaja. w.k harus kemukakan masalah pokok tersebut agar di tebang.
kelihatan kakitangan JKR daerah Tampin sedang bertungkus lumus menebang, mencantas dan membersihkan pokok2 lain yang berada di tepi jalan utama Kg ini.
Terima Kasih w.k ucapkan khas buat kontijen/jentera JKR yang sering turun padang memantau aspek keselamatan pengguna jalan raya.
Ni pula pandangan pintu masuk ke Pinggir Rokan Kecil atau di panggil Pinggir Bukit Rokan Kecil yang mana kawasan ini bukan la kawasan Felda, cuma nama je.. namun ia di bawah jajahan JKKK Kg Btg Rokan.
Bayangkan jalan yang sebelum ini semak belukar telah berubah menjadi spead way... ni belum letak batu kasiran. pembersihan jalan sejauh 8 kilo meter ini telah di bahagi kepada 2 kontraktor yang berkebolehan dan berkaitan dengan bidang2.
Ini pula salah satu projek bangsa asing di kawasan kg iaitu tapak timbang jual beli buah sawit, lokasi ialah tanah Hj Ali tepi jalan utama. org asing ni berpindah dari tapak lama sebelah rumah rakyat Kg yg mana tapak tersebut akan di jadikan Pejabat dan tempat timbang berat kenderaan berat JPJ Daerah(mungkin).
nantikan paparan lain dan jadi lah rakan FB di kgbtgrokan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan