SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mac 23, 2010

Mesyuarat PPK

Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin ( Tanggamas ) unit Kampung Batang Rokan pada 19.03.2010 tepat jam 3.00 petang telah dihadiri seramai lebih 50 orang. Ahli Jemaah Pengarah yang hadir ialah Tn Hj Bahari B Silong dan Pengerusi AJP iaitu Tn Hj Razali B Abd Jalil serta kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu Pn Noraini Bt Ramli dan Ketua Unit Kampung iaitu En Zainal B Abd Wahid

Ramai juga ahli PPK yang hadir untuk bersama mesyuarat agung tahun 2010 ini. Banyak keistimewaan apabila menjadi ahli PPK ni, semua peserta akan sentiasa mendapat hasil 10% peratus setiap tahun mengikut pelaburan setiap peserta. Datang mesyuarat pun dapat elaun, jadi pada yang tak datang tu amat rugi. Melalui keputusan mesyuarat juga, Penambahan unit untuk setiap peserta tidak dapat di teruskan lagi kerana memberi peluang kepada peserta baru.
kaedah ini akan dapat meramaikan anak muda untuk menyertai ahli PPK ini. secara tidak langsung mungkin akan jadi pelapis kepada ahli2 yang kebanyakan dah naik taraf.  w.k sentiasa mengalu-alukan remaja mahupun belia2 kampung ini harus terlibat. dan juga w.k ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung PPK ini. Terima kasih.

Isnin, Mac 22, 2010

Kabus Misteri Melanda...

 Sekilas kabus menyelusup sekitar taman rumah rakyat pada 18.03.2010 tepat jam 6.30 langsung tidak menjadi tanda tanya, cuma penduduk sekitar menjadi pelarian sementara untuk mengelakan diri dari terkena tempias kabus yang mula2 dicurigai mana puncanya.Hasil dari ramalan tok nujum menyatakan kabus tersebut khas buat serangga istimewa.
Pengumuman dilakukan mengelilingi taman rumah rakyat sebelum operasi bermula.



Kabus penghalau Nyamuk denggi telah di lalukan oleh jabatan kesihatan sebagai langkah awal mencegah serangan Nyamuk yang merbahaya ini. Penyakit denggi yang melanda sekarang amat mendukacita, jadi kawalan tersebut mestilah dari peringkat awal, iaitu penghuni tempatan wajib menjaga kebersihan sekitar rumah. Jabatan kesihatan harus sentiasa mendedahkan segala punca penyakit ini kepada masyarakat dan di bantu oleh badan2 bukan kerajaan ataupun pihak2 yang berjawatan dalam kampung sebagai usaha mengawasi masalah penyakit denggi ini. Semburan yang dilakukan sedikit sebanyak dapat membantu jesteru akan mengurangkan serangan nyamuk disekitar kawasan yang disembur.

Tok Din pengerusi JKKK mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari pihak Jabatan Kesihatan yang menjalankan tugasnya.

Khamis, Mac 18, 2010

Kemarau Melanda


Lihat lah sungai Kg Btg Rokan yang telah kering akibat cuaca panas yang melanda sehingga kini.

ini gambar sebenar sungai Kg Btg Rokan. ( bukan iklan pasir )



Fenomena panas yang melanda di jangka akan berterusan, Namun hakikat alam akan terus terjadi. w.k tak dapat paparkan wajah asal sungai kerana tidak ada siapa yang memiliki foto wajah asal sungai Kg Btg Rokan. Sejarah menyatakan sungai asal adalah dua kali ganda kecil dari wajah sekarang. Pada awal tahun 80an adalah tahun terakhir sawah padi di tanam di sekitar kawasan sawah Kg. Oleh kerana sistem peparitan dan ampangan sungai pecah dan berkemungkinan banyak faktor peribadi, pesawah2 pun tidak lagi meneruskan usaha menanam padi tersebut.
JPS berkemungkinan telah 4  kali mengeluarkan tender pembersihan sungai, namun yang terjadi adalah pembesaran / melebarkan dan mendalamkan sungai.
warga kampung tidak ada yang sepakat menyokong tidak bersetuju dengan kaedah itu. Hanya suara belakang yang jelas ke udara seperti Radio FM.
Jelas apa yang terjadi sekarang.. kepupusan kehidupan mahupun merosakan tebing sungai. 

fikir-fikir-fikir.. apa akan terjadi pada sungai ni.

p/s : sungai tidak ada rezab. semua di dalam kwsan tanah hak milik.

Jumaat, Mac 12, 2010

Kera VS Perhilitan

Pada 3 march 2010 kelmarin pihak Perhilitan telah bekerjasama dengan penduduk kampung memasang perangkap di satu sudut sebuah rumah yang di rahsiakan di sekitar Kg Btg Rokan. Hari ini 09 march 2010, pihak perhilitan sekali lagi memantau perangkap tersebut dan ini lah wajah-wajah penghuni yang terperangkap. keganasan dan kerakusan mangsa tidak akan berakhir di sini sahaja. Usaha seterusnya akan diteruskan sehingga mangsa yang mempunyai bilangan dan kumpulan yang besar akan terus di kurangkan. Kaedah ini sahajalah yang ada keberkesanan dan akan melapangkan jiwa penduduk kampung.
Haru biru penduduk kampung tentang masalah kera yang selama ini di alami, bolehlah menarik nafas lega. Kalau tidak hari-hari menyumpah seranah kepada sang kera kerana mencuri hasil buah-buahan yang belum sempat dirasai oleh tuan nya. begitu juga ternakan ayam yang sering kehilangan telur menyebabkan ayam tidak dapat membiak yang mana tuan empunya mengalami kerugian.

ini lah sebahagian wajah-wajah mangsa yang rakus.

w.k harapkan kerjasama penduduk kampung memantau dan menjaga makanan sebagai umpan di dalam perangkap tersebut. Usaha gigih harus diteruskan agar hasil atau suspek akan terus memasuki perangkap tersebut. Lapangkan pengorbanan masa memantau dan janganlah mengharap kepada pihak perhilitan sahaja.

Terima kasih kepada pihak perhilitan atas jasa dan kerjasama yang dihulurkan.Demi untuk kesejahteraan Kampung.