SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Mac 09, 2010

Felcra Menceroboh ????....


Felcra Berhad telah menceroboh masuk ke Kampung Batang Rokan pada 05/03/2010 pada jam 8.30 pagi untuk tindakan memantau masalah tanah terbiar di sekitar Kg. Permohonan pemilik tanah untuk menyertai Felcra telah diberi kepada Felcra pada tahun lepas secara mesyuarat berskala. Tindakan yang pihak Felcra hulurkan amat wajar bagi pihak JKKK kampung. Permasalahan tanah terbiar akan berkurangan walaupun tidak sepenuhnya pemilik menyertai Felcra. Hampir 130 ekar tanah terbiar di kawasan kampung ini. berkemungkinan separuh darinya akan di serah kepada Felcra.
 operasi awal mencari batu sempadan




 berehat di salah satu batu sempadan pemilikan.

 Amat teruja juga akan pihak JKKK jika matlamat untuk memajukan tanah terbiar ini berjaya, dapat mengurangkan binatang liar seperti kera dan beruk yang kerap menghampiri kawasan perumahan. dan dapat menaik taraf sosioekonomi pemilik tanah tersebut. Imbuhan yang peserta dapat akan di ibaratkan seperti durian runtuh. Telah bertahun masalah tanah ini menjadi isu, w.k harap tidak ada lagi masalah tanah terbiar yang akan di bawa ke mesyuarat JKKK mahupun tindakan Daerah. 

w.k ucapkan terima kasih kepada pihak Felcra yang sedia membantu dan kepada En Hashim (Felcra Pondoi) yang bersama memantau dan mengambil tindakan yang tepat.

terima kasih.

 

Sabtu, Mac 06, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Di Kg Tenai


Program Perarakan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H DUN Gemencheh untuk tahun ini telah di adakan di Kg Tenai Sg Dua dengan tema " MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH " Di mana semua peserta bekumpul di Padang Sekolah Sg Dua dan berarak ke Maktab Rendah Sains Mara Sungai Dua. Keseluruhan peserta yang melebihi 1000 orang telah merancak dan menyerikan majlis ini. Perjalanan perarakan yang lebih 2 km tidak melunturkan semangat dan kemuafakatan ummah agar segala yang di rancang akan selesai dengan izinNya. Warga Kampung Batang Rokan tidak terkecuali menyertai program tersebut dan bersama dengan Kg Ulu Rokan, membuatkan suasana keharmonian antara penduduk kampung


  


  
 seisi dalam kawasan sekolah sg dua.

  
 sewaktu perbarisan merentasi jalan berhadapan sekolah menuju MRSM melalui jalan utama.

  
 setelah sampai ke perkarangan MRSM.

 Hadir sama ketika Majlis tersebut ialah YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN Gemencheh ), Datuk Nasarudin ( T/K UMNO Bahagian Tampin ), Tn Ariffin ( Penghulu Mukim ), Barisan Ajk UMNO Bahagian Tampin dan peserta2 kontijen dari seluruh kampung dalam DUN serta penglibatan pelajar2 sekolah sekitar Gemencheh.

program yang menggalakan pentingnya didikan Agama, jalinkan persefahaman, kesepakatan dan perpaduan. segala nya harus di teruskan untuk memupuk generasi akan datang.

w.k ucap terima kasih atas jemputan perarakan kepada En Badarudin selaku Pengerusi JKKK Kg Tenai merangkap Pengerusi Majlis dan barisan AJK beliau. segalanya telah berjalan dengan lancar. majlis yang besar ini bukan mudah untuk diuruskan. Maka kecekalan penduduk kg serta urusetia terlibat telah menjayakan program ini. Moga2 tahun hadapan kita berjumpa lagi...

terima kasih.....06/03/2010


Khamis, Mac 04, 2010

Kerjasama Perhilitan

Pada 03 March 2010 tepat jam 4.20 petang. Jentera Jabatan Perhilitan telah sampai ke Kg Btg Rokan untuk memantau permasalahan yang telah w.k paparkan kelmarin Kehadiran mereka disambut baik oleh penduduk kampung.

 

  
 berbincang sebelum memasang perangkap

  
 memasang perangkap

  
 
  
 perangkap yang telah siap di pasang.

Terima Kasih atas kerjasama dari Jabatan perhilitan dan penduduk kampung yang membantu memasang perangkap tersebut. pemantauan bersama atas keputusan perbincangan sebulat suara akan di lakukan. 

nanti w.k akan paparkan keberkesanan perangkap tersebut selepas bahan2 daya penarik di gantung di sekitar kawasan tersebut.
ini adalah langkah terbaik dan terawal agar permasalahan dapat diatasi. namun kerjasama amat diperlukan.


Selasa, Mac 02, 2010

Mesyuarat Khas Gerakan Belia.

Mesyuarat Gerakan Belia 4B Cawangan Kampung Batang Rokan telah berlangsung pada 27hb 02 2010 / sabtu jam 8.30 malam. Membincang isu semasa, permasalahan program untuk tahun 2010. Jelas apa peluang diperolehi oleh ahli Belia telah di sampaikan. Ikut lah kehendak masing2 untuk mengambil atau menolak peluang yang telah disediakan.

  
 Abg Mutalib , Along ( exco ASPS ), Ciput ( exco ASPS)

  
 sebahagian wakil gerakan belia yang hadir

  
 Abangde Zul ( LPK) sedang menerangkan kaedah penyelesaian isu semasa.

Banyak program JKKK yang melibatkan Belia Kg, Justeru Pengerusi JKKK mengucapkan Ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh gerakan Belia. Syabas dan teruskan usaha-usaha murni yang sepertimana dirancang. Demi kebaikan bersama.