operasi awal mencari batu sempadan
berehat di salah satu batu sempadan pemilikan.
Amat teruja juga akan pihak JKKK jika matlamat untuk memajukan tanah terbiar ini berjaya, dapat mengurangkan binatang liar seperti kera dan beruk yang kerap menghampiri kawasan perumahan. dan dapat menaik taraf sosioekonomi pemilik tanah tersebut. Imbuhan yang peserta dapat akan di ibaratkan seperti durian runtuh. Telah bertahun masalah tanah ini menjadi isu, w.k harap tidak ada lagi masalah tanah terbiar yang akan di bawa ke mesyuarat JKKK mahupun tindakan Daerah.
w.k ucapkan terima kasih kepada pihak Felcra yang sedia membantu dan kepada En Hashim (Felcra Pondoi) yang bersama memantau dan mengambil tindakan yang tepat.
terima kasih.
tahniah.. semoga x do lai tanah terbiar di kmpung kito...
BalasPadam