SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Memaparkan catatan dengan label Kemudahan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemudahan Awam. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 12, 2012

Naik Taraf

Langkah penyelesaian membantu permasalahan penduduk setempat sedikit demi sedikit di jayakan di bawah pentadbiran JKKK yang mana kali ini peruntukan membina longkang di jalan Dato' Perdana telah pun di laksanakan.

Sebelum.

Selepas.

dan yang ni pula foto padang permainan yang dah dapat pada pertengahan tahun ini.

Selasa, April 10, 2012

Terima Kasih Kerajaan.

Salam 1 Malaysia dan salam kemesraan dari Warga Kampung buat semua pengunjung blog ini, Kali ini warga kampung ingin maklumkan pada semua bahawa Kampung Batang Rokan dapat lagi peruntukan kerajaan suku tahun pertama tahun 2012 sebanyak 4 kerja. Iaitu Padang Permainan Kanak2 yang mana JKKK acap kali ajukan kepada pentadbir daerah mahupun kepada kerajaan perumahan yang mana Kawasan perumahan ini sejak di bina pada tahun 1985 tidak ada padang permainan.

Pembersihan awal tapak permainan
Selepas pembersihan dan memagar
gambar atas ni adalah baik pulih pagar balai raya.

peruntukan kedua ialah membaik pulih pagar balai raya dengan menukar kawat, tiang pagar serta pintu pagar. peruntukan yang ketiga ialah menurap jalan di jalan perdana dan menaik taraf longkang di jalan perdana.
paparan bergambar akan warga kampung layarkan pada cerita akan datang. nantikan

Isnin, Disember 12, 2011

Padang Serbaguna

Bulan Disember 2011 menjadi kenangan yang amat baik buat warga Belia Kg Btg Rokan apabila mendapat hadiah Istimewa dari kerajaan di bawah naugan UMNO iaitu Padang Serbaguna.

Proses pembersihan tapak
Proses merata tapak.
Di jangka bulan Januari 2012 padang serbaguna ini dapat di gunakan dan akan di rasmikan.

Khamis, Mei 06, 2010

Terima Kasih, Semoga Bersua Lagi..

Pada 05.05.2010 telah tersergam indah paparan ucapan SELAMAT DATANG KAMPUNG BATANG ROKAN di hadapan balai raya Kg Btg Rokan. Setelah sekian lama menunggu akhirnya kemudahan keceriaan tersebut berjaya di siapkan. JUTAAN TERIMA KASIH kepada KEMAS dan Kontraktor yang terlibat. Segala usaha anda telah membuahkan hasil dan kerjaya anda harus di teruskan.


TERIMA KASIH, SEMOGA BERSUA LAGI adalah ungkapan yang bermakna buat tetamu, mahupun sanak saudara yang datang ke Kg ini. Warga Kampung yang merantau sentiasa mengharapkan sesuatu perubahan di Kg ini, dan ini juga adalah hadiah buat anda dan semua warga kampung.
Sekali lagi kami mengucapkan TERIMA KASIH kepada kontraktor yang terlibat, walaupun mengambil masa yang lama. Namun kejayaan anda amat dihargai.

Nantikan gerakan belia membantu memasang tiang bendera serta lampu sebagai persiapan tambahan agar keceriaan tidak dilepaskan pada waktu malam.

Isnin, Februari 08, 2010

Prasarana Baru Bakal Menjelma...


Kemudahan dan kecerian akan di lakukan x lama lagi oleh JKKK kg bersama Pemuda / belia kg. Program secara gotong royong akan di laksanakan sebelum mengadakan program rasmi sebagai simbolik untuk mengubah ke prasarana baru..




pemandangan sebenar




 Nantikan perubahan demi perubahan sekitar Kampung ini agar indah dari kabar, bukan bayangan sahaja tapi sebaliknya.
namun w.k akur masih banyak lagi perubahan yang harus di lakukan demi kebaikan dan kesejahteraan semua.. Namun apa yang penting semua berpunca dari hati..



Khamis, Januari 28, 2010

Penghargaan Terima Kasih...

Foto selepas

Foto Sebelum


Terima Kasih yang mampu di ucapkan kepada penyumbang sehingga tertegaknya sebuah pondok menunggu bas untuk murid sekolah Kampung Batang Rokan dan Kampung Rokan.

Ucapan ditujukan kepada Datuk Nasarudin B Mahmud ( Timbalan UMNO Bahagian Tampin ),
En Ghuzali ( K.UMNO Cawangan Kg Rokan ), K.Pemuda Kg Btg Rokan serta AJK, K.Wanita Kg Btg Rokan serta AJK, Belia Kg Btg Rokan dan Ajk seterusnya kepada semua yang terlibat di dalam pembinaan pondok tersebut yang diusahakan secara gotong royong yang mengambil masa selama dua hari.

Kini ia sudah boleh digunakan samaada untuk murid sekolah ataupun beristirehat sambil merehatkan minda,. harapan kepada pengguna, pergunakanlah pondok tersebut dengan sebaik mungkin yang bersesuaian dengan tujuan pembinaannya. Jangan di salahgunakan.

Saya berdoa kepada ALLAH semoga ALLAH menerima segala sumbangan samaada keewangan, tenaga, buah fikiran dan sebagainya.

Di masa2 yang mendatang agar ada Hamba2 ALLAH yang sudi menghulurkan sumbangan tidak kira apajua bentuk, bagi pihak JKKK Kg Btg Rokan sentiasa mengalu2alukan sumbangan ANDA!!!!

TERIMA KASIH.....

Selasa, Januari 26, 2010

Moncheh maju..


Draf Rancangan Tempatan Daerah Tampin 2020

AJK JKKK seluruh Gemencheh telah telah dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis taklimat Publisiti dan Bantahan Awam , Draf Rancangan Kerajaan Tempatan Daerah Tampin 2020 pada 12 Januari 2010 di Dewan Seri Gemencheh untuk mengetahui perancangan pembangunan daerah ini menjelang tahun 2020 dan mengemukakan pandangan atau bantahan atas deraf yang disediakan MDT . Dan Berlangsungnya tarikh pemerhatian atau aduan dari 22 Disember 2009 hingga 23 Januari 2010.

Setelah pemerhatian dan pantauan di buat, tidak kesemua kampung yang terlibat dalam draf tersebut, namun tidak di sangka rupanya Kampung Batang Rokan telah tersenarai dalam draf tersebut. Penantian mengharapkan perubahan begitu bekobar2, lebih2 lagi untuk masyarakat.

Sebagai maklumkan kepada semua warga kampung yang dah merantau, w.k paparkan di sini sebagai penghidang mata santapan anda.













Gemencheh bakal menjadi nadi utama Pembangunan Tampin di masa hadapan, Kg Btg Rokan tidak terkecuali dalam draf perancangan tersebut. Walaupun hanya draf untuk perancangan hingga 2020, kita kena tunggu samada berjaya atau pun tidak. Semua rakyat perlu di utamakan, semakin maju kawasan tersebut, semakin ramai yang akan terus ketinggalan akibat leka dengan kehidupan.

semua warga kampung batang rokan menyahut baik apa jua perancangan yang di bawa, cuma harapan w.k jangan terlalu mengharap...

Terima kasih kepada Y.B Dato' Mohd Kamil yang sentiasa peka dan berani untuk merancang kejayaan dan perubahan demi rakyat.

Terima kasih juga kepada penghulu mukim, Tn Zainal yang sentiasa memantau kemajuan masyarakat dan semua agensi di bawah pentadbiran beliau.


Ahad, Januari 24, 2010

Pondok Baru..

Telah w.k paparkan pada 30 november 2009 kelmarin tentang prasarana baru yang akan di buat. jelas sekali perkara tersebut dapat di laksanakan pada awal tahun ni.. W.k harap lepas ni apa jua program melibatkan masyarakat akan di buat secara gotong royong. Ini akan merapatkan silatulrahim antara penduduk kampung ini.


Terima kasih kepada Bro amie atas sumbangan simen dari beliau. jasa mu ku kenang.


keadaan tapak selepas lantai di simen


memotong besi untuk tiang

Foto awal memasang ardek.

kontrol macho plak mamat ni..
( wakil dari bahagian pemasaran produk iklan antara bangsa.)

memasang tapak / tiang tempat duduk.


jamuan makan tengahari.

Sahabat dari majalah Al Islam dan URTV turut bersama.

Edisi membancuh simin untuk melantai



Persiapan terakhir.. hanya tinggal tempat duduk je yang belum di letak.

W.k ucap terima kasih tak terhingga kepada penduduk kampung terutama abg otai iaitu kassim dan en kamarulsaman yang sentiasa dan lebih tekun menjayakan program gotong royong membina tempat berteduh pelajar sekolah ini.

lebih2 lagi yang bekerja kuat selama 2 hari 2 malam untuk mempercepatkan persiapan ini.

dan nantikan foto lain bersama ucapan ringkas Tok Din, Beliau sedang cari ilham tu..
lagipun projek mega ni di taja oleh ????? nantikan.....

sayonara....


Khamis, Januari 21, 2010

Rangkaian Niaga Anak Kampung

Kepada Semua Belia2 / Pemuda pemudi dan Warga kampung Batang Rokan yang berada di sekitar kampung, Pekan Gemencheh mahupun yang dah merantau.. W.K telah membuka satu link Rangkaian Perniagaan buat anak2 watan Kampung Batang Rokan sahaja.

Anda boleh tinggalkan pesanan ataupun e mail kan segala biodata ke kgbtgrokan@yahoo.com

Anda boleh layari http://www.wargakampungniaga.blogspot.com untuk rujukan anda. Marilah kita bersama membantu mengumpulkan anak2 watan kampung batang rokan di bawah satu kelompok.

Terima Kasih.


Ahad, Disember 27, 2009

Kemudahan Baru

Satu prasarana baru yang warga kampung di taman rumah rakyat perolehi iaitu jalan kecemasan di belakang setiap blok. baik pulih longkang dan pelbagai.

w.k harap semuo penduduk hrgai apa juga keistimewaan yang di perolehi.

ni dia tokey ???? Enterprise.


keadaan asal ( mamat nyorok pun x nampak )


sebelum
selepas di turap ( baru puas mata memandang )


w.k maklumkan di sini, kemudahan baru yang seawalnya di protes akhirnya berjaya di sediakan kepada penduduk setempat. justeru memudahkan kanak2 bermain dan tiadanya binatang berbisa di blkg rumah.

w.k ucap terima kasih kepada pemaju yang sanggup bersusah payah menerima kerenah masyarakat dan telah membuktikan satu perkara yg boleh jd nyata.


Ni bukan iklan promosi anda.

Isnin, November 30, 2009

Projek akan datang



Tok Din dah bagitau w.k tentang projek baru ni.. Ni Comperm punya.
Tok Din kata saksikan saje perubahan nya..

Keistimewaan kepada semua penduduk juga.

w.k x dibenarkan sama sekali memaklumkan pado sesepo.

tungguuuuuu............


Khamis, November 26, 2009

Tukar baru...

Perubahan prasarana


Edisi korek mengorek bermula...


hadapan rumah Tok Din.



persimpangan Blok A


adu haii. runtuh plak tebing ni !!!! punah la mcm ni..



lokasi belakang blok A dan B

sayup mata memandang.


Tok Din dah maklum kat w.k tentang agenda dia pada rabu 07 Oktober 2009. namun atas dasar bersebab menyebab, proses agenda ni jadi lewat. Namun perubahan wajib di buat demi kemudahan bersama. x boleh salah menyalah mana2 pihak.

Tok Din bg tau, harap semua penduduk taman ni bersabar dengan iman. dah siap nanti semua leh senyum lebar.

Taman perumahan ni dapat gak peruntukan baik pulih longkang dan naik taraf jalan belakang di antara blok A dan B, C dan D. Sejak 1985 rumah rakyat ini di bina x pernah sekali pun tukar peparitan ni.

w.k ucap terima kasih kpd pihak yang bertanggung jawab, bekerjasama dan juga pihak kontrakter yang prihatin dan sentiasa waspada ketika melakukan tugas.