SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Oktober 11, 2012

AJK PDM 03 N35 P133

Salam perjuangan buat semua warga Kampung dan pengunjung blog. Dah lama sangat admin x entri kisah2 dalam Kampung Batang Rokan. Cuma kali ni admin nak fokus pada PRU pula, Sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13, PDM Kg Rokan 03 N35 P133 telah mengadakan mesyuarat bagi membentuk ajk2 serta petugas2 bagi merancakkan serta melicinkan Pilihanraya yang akan berlaku pada bila2 masa.


Ni la otai2 kampung yang sedia berjuang dari dulu lagi, bagi mempertahankan BN di Kampung Batang Rokan

ini pula jentera Wanita yang memperjuangkan Hak2 serta keistimewaan pewaris2 yang akan datang.

Ini pula Ketua UMNO Cawangan dan Pengerusi JKKK yang bertungkus lumus mengendalikan Mesyuarat AJK PDM Kg Rokan bagi Cawangan Kg Btg Rokan sahaja. PDM Kg Rokan melibatkan Kg Ulu Rokan, Sri Emas Dangi, Kg Rokan dengan bilangan pengundi seramai 589 orang (jumlah terkini). yang mana semasa PRU ke 11 dan 12, pengundi yang keluar mengundi melebihi 80%. Kebanyakan bakinya adalah pengudi yang menetap luar dari daerah mahupun luar negeri sembilan. 

Pada PRU yang ke 13 ini, PDM Kg Rokan akan sentiasa bersama dengan kepimpinan tertinggi dan menerima seadanya samada Calon ADUN Gemencheh di ganti mahupun mengekalkan yang lama. Biarlah kepimpinan tertinggi yang menentukan dan menerima suara akar UMBI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan