SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Februari 23, 2011

Mesyuarat Khas Pengerusi dan Setiausaha DUN bersama YB kali ke 9

Kali ini mesyuarat bulanan JKKK DUN Gemencheh yang di pengerusi kan oleh YB Dato' Mohd Kamil telah masuk bilangan rumah yang ke 9 sejak 2010 lagi. Mesyuarat ini yang di jadualkan setiap bulan telah tertunda beberapi kali, namun kali ini dapat di laksanakan di rumah En Ghazali B Arshad Kg Jelawai, Kg Jelawai adalah Kg dalam Pekan Gemencheh Dua. yang mana jaraknya antara Kg Btg Rokan lebih kurang 4 km sahaja. Kehadiran hampir kesemua Pengerusi serta Setiausaha JKKK DUN amat memuaskan malah pelbagai masalah dari setiap Kg di aju terus ke YB Dato' serta dapat memberi buah fikiran akan hala tuju mahupun perancangan program2 yang akan di laksanakan nanti.
kehadiran Penghulu Mukim Gemencheh, Tn Hj Zainal Ariffin B Salleh meriahkan lagi keriuhan mesyuarat.
Pada bulan hadapan Mesyuarat Pengerusi serta Setiausaha DUN akan berlangsung di Kg Tengah dan seterusnya di Kg Baru Gedok. Mesyuarat begini merapatkan saf kepimpinan di akar umbi dan menjadi satu agenda yang terbaik dalam melaksanakan amanah dari keseluruhan penduduk Kg masing2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan