SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Februari 07, 2011

Mesyuarat JKKK sesi pertama 2011

Mesyuarat JKKK Kali Pertama bagi tahun 2011 telah berlangsung pada 27/01/2011 iaitu khamis pada jam 2.30 petang. Keistimewaan mesyuarat JKKK Kali ini ialah kehadiran wakil dari Jabatan Angkat bagi JKKK kampung seperti mana wk paparkan kisah penyerahan Jabatan Angkat bagi semua JKKK dalam daerah Tampin pada 30/12/2010 kelmarin. yang mana w.k rahsiakan pada tatapan tersebut.
Pegawai bagi Jabatan tersebut telah di tukar baru, dan wakil bagi jabatan sempat hadir dan menyampaikan Salam Takzim dari Sdr Zulhairie B Isnaien yang di pindahkan ke Daerah Rembau.
Walaupun begitu, kehadiran Jabatan Angkat yang di amanahkan sebagai perantaraan antara JKKK dengan Jabatan-jabatan yang akan terlibat dalam permasalahan Kampung akan di bawa ke Mesyuarat Tindakan Daerah
Kehadiran En Jasnie B Abd Rahman mewakili Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Tampin adalah Bapa Angkat kepada JKKK Kampung Batang Rokan. Sesi bergambar kenangan dengan Pengerusi JKKK En Jamaludin B Piee serta Setiausaha JKKK merangkap Pengerusi Belia 4B Kg, Sdr Azhari Bin Taha.
Amat bertuah bagi belia2 Kg apabila mendapat bapa angkat Jabatan Belia dan Sukan yang akan sentiasa membimbing segala Program2 yang melibatkan belia2. Namun Belia2 Kg sentiasa mengalu-alukan kehadiran Pegawai yang baru dalam sesi suai kenal yang akan datang nanti.  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan