SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Disember 31, 2010

Seisi bersama JKKK dan penyerahan Kampung Angkat Jabatan Kerajaan Daerah Tampin

Seisi bersama JKKK dan penyerahan Kampung Angkat Jabatan Kerajaan Daerah Tampin telah berlangsung di Dewan Tampin pada 30/12/2010 (khamis).
41 JKKK daerah Tampin menerima Bapa Angkat yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan daerah Tampin akan membantu dan menyelaras program dan aktiviti setiap JKKKdalam Daerah Tampin. Fugsi Jabatan kerajaan Daerah ini sebagai pembantu menyelesaikan permasalahan setiap JKKK Kg dalam Daerah. Tidak terkecuali Kg Btg Rokan.
Sebahagian pegawai dan wakil2 jabatan Daerah Tampin
Penyerahan Dividen Fidlot oleh YB Dato' Hjh Zainab Bt Hj Nasir Adun Gemas merangkap EXCO NS kepada salah seorang peserta.
En Zahirin menyampaikan Taklimat mengenai kerja2 JKKK
Seisi Dialog antara JKKK dengan kesemua Jabatan Daerah Tampin yang di pengerusikan oleh YDP Tn Hj Razali Bin Bakar merangkap Pegawai Daerah Tampin.
Tugas dan tanggungjawab jabatan terpilih untuk memantau perkembangan JKKK yang menjadi anak angkat mereka selain memberi nasihat mengikut keperluan semasa dan membincang keputusan JKKK tersebut. Kampung Batang Rokan telah terpilih akan salah satu jabatan angkat tersebut, namun biarlah ia menjadi RAHSIA JKKK.. nantikan mesyuarat JKKK tahun hadapan bersama jabatan angkat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan