SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, Ogos 06, 2010

Kempen Jalur Lebar TM

Satu jemputan pada semua AJK JKKK dalam DUN Gemencheh untuk bersama dalam Taklimat Khas Jalur Lebar DUN Gemencheh pada 05.08.2010 jam 3.00 petang bertempat di balai raya Kg Air Rawa. Kehadiran amat memberansangkan dan di buka juga meja pendaftaran permohonan Talian kediaman / jalur lebar dengan Netbook sekali. Pakej yang sedang kerajaan war-warkan agar semua penduduk mengambil peluang ini.

Serba ringkas kata aluan Sdr Yusof dari TM.
Hadir bersama Penghulu Mukim Tn Zainal Ariffin
Cenderahati tanda ingatan buat YB Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz dari pihak TM.

Program begini membuka mata dan minda masyarakat khasnya tentang kemudahan IT dan sumbangan Kerajaan.lebih2 lg kemudahan sebegini memudahkan masyarakat berhubung dan mendapat sumber ilmu yang bermanfaat jika tidak di salah gunakan.
Walaupun Kg Btg Rokan masih tidak lagi mendapat keistimewaan Jalur Lebar, saranan tetap akan diusahakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan