SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Ogos 06, 2009

Mesyuarat JKKK kali pertama tahun 2009

Seisi Bermesyuarat
Barisan Saf Ajk JKKK Tahun 2009-2011
Hadapan Dari kiri :
Tn Zulkifli ( Imam ), En Zainal ( Nazir Masjid ), En Zainal Arifin ( penghulu mukim ), En Jamaludin ( Ketua Kampung ), En Azhari ( s/u JKKK / Ketua Pemuda ), Pn Sarifah ( Ketua Wanita )
Belakang Dari Kiri :
En Ibrahim, En Saimin, Hj Mohd Ali, En Jimie, Pn Zubaidah.
Alhamdulilah, Syukur kehadrat illahi diatas Rahmat dan izinnya, dapatlah kiranya Mesyuarat JKKK kali pertama oleh Pengerusi baru iaitu En Jamaludin di adakan dengan jayanya.

Warga Kampung memerhatikan kehadiran barisan Saf beliau hadir kesemuanya untuk memberi komitmen agar Amanah yang diberi oleh penduduk Kampung dapat di usahakan bersama. Terima Kasih tak terhingga juga kepada Penghulu Mukim En Zainal Arifin yang sudi hadir untuk bersama menyampaikan kata2 sokongan dan dokongan beliau untuk bersama pada apa juga permasalahan yang melanda. W.K terharu dengan keikhlasan Penghulu menyuarakan pandangan kemajuan yang harus di usahakan bersama.

W.K juga dimaklumkan oleh Pengerusi JKKK akan sebab YB Dato' Mohd Kamil tidak dapat bersama pada hari ini. YB Dato' begitu sibuk dengan pelbagai program beliau, namun Pengerusi merakamkan ucapan Terima Kasih diatas sumbangan yang telah diberi oleh YB Dato'.

Pengerusi JKKK juga menegaskan pada barisan ajk beliau agar dapat memberi kerjasama demi kebaikan, kebajikan,keceriaan dan keselamatan untuk penduduk kampung.

TERIMA KASIH KEPADA BARISAN AJK JKKK YANG TELAH DIPILIH


1. En Jimi Bin Raslim
2. En Zainal Bin Abd Wahid
3. Hj Mohd Ali Bin Hj Lawang
4. Tn Zulkifli Bin Nayan
5. En Saimin Bin Yusof
6. En Ibrahim Bin Hasan
7. En Azhari Bin Taha
8. Pn Zubaidah Bt Maarof
9. Pn Sarifah Bt Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan