SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Disember 12, 2011

Perlawanan persahabatan Futsal Zon Rokan DUN Gemencheh

Perlawanan persahabatan pertandingan Futsal bagi Zon Rokan DUN Gemencheh berlangsung pada 9hb 12 2011 menyaksikan 13 pasukan yang mewakili dari Kg Btg Rokan, Ulu Rokan, Bukit Rokan, Rokan Utara, Tenai dan Sg Dua ( jemputan ). Perlawanan yang berlangsung seawal jam 9 malam berhenti pada jam 10.30 akibat hujan turun serta merta dan perlawanan di tangguhkan pada 11.12.2011 jam 9.00 malam.

antara pasukan yg sempat bergambar
Ybhg Sdr Mohd Isam Bin Mohd Isa ( K.Pemuda UMNO Bahagian Tampin ) berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis penyampaian hadiah kepada semua pasukan yang terlibat. Pn Azizah ( N.Pengerusi Wanis Kws Tampin) selaku tuan rumah.
Barisan Pemain Beliawanis. Btg Rokan (hijau) Ulu rokan (kuning/hitam) Bukit Rokan (Oren)

Selepas ini kita akan buat lagi program bagi Zon Gedok yang akan melibatkan Sg Dua, Tenai, Kg Tengah dan Gedok. Zon Rokan akan menjadi jemputan.

Padang Serbaguna

Bulan Disember 2011 menjadi kenangan yang amat baik buat warga Belia Kg Btg Rokan apabila mendapat hadiah Istimewa dari kerajaan di bawah naugan UMNO iaitu Padang Serbaguna.

Proses pembersihan tapak
Proses merata tapak.
Di jangka bulan Januari 2012 padang serbaguna ini dapat di gunakan dan akan di rasmikan.

Selasa, November 08, 2011

Ibadah Korban 2011

Salam AidilAdha 2011 buat semua pengunjung blog Kg Btg Rokan, Alhamdulilah tahun ni semua warga kg bertungkus lumus seperti tahun2 yang sudah melakukan Ibadah Korban di Masjid Kg Btg Rokan. Pada tahun ni juga 5 ekor lembu di korbankan atas nama persendirian mahupun perkongsian. Admin bersama semua warga belia, pemuda, wanita mahupun JKKK serta kariah kg saling bekerjasama menjayakan program ibadah korban. Seronok sangat bila melihat keakraban diantara satu sama lain. Suasana yang cukup memperlihatkan bertapa nilai-nilai ketimuran masih lagi ada dalam masyarakat walaupun pelbagai perkara yang berlaku namun sikap dan semangat perpaduan masih tetap utuh di hati setiap orang Islam dan masyarakat melayu sendiri.
Sebahagian warga belia yang bersama
Barisan Ahli kariah bersama Imam Masjid ( kanan sekali )



Isnin, Oktober 10, 2011

Salam Aidilfitri dari Datuk Nasarudin

Walau pun aidilfitri telah lama berlalu, bukan lah satu kelewatan yg janggal untuk admin sampaikan dlm blog ini, untuk itu admin mohon keampunan kemaafan pada yg mengenali admin atas kesalahan, kesilapan secara langsung atau pun tidak. kali ni admin paparkan sedikit sebanyak gambar semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri di teratak Ct Rosdin Kg Btg Rokan bagi tahun 2011. Yang mana Datuk Nasarudin dan Datin  serta ahli keluarga nya menyambut kehadiran Aidilfitri bersama Sahabat2, rakan2 seperjuangan untuk menjamu selera di malam tersebut.
24.september 2011.
Lemang, rendang, nasi impit, mee goreng, satey, apam balik dan mcm2 ada
Ni dia Datuk Nasarudin and Datin
Sambutan mlm tu amat meriah dan kehadiran pelbagai bangsa dan agama jelas membuktikan perpaduan adalah penyatuan bersama.Lebih dari seribu kehadiran tetamu pada mlm tersebut, yang mana mata mereka di sajikan dengan pertunjukan bunga api berperingkat. Pada yang x sempat hadir, tahun depan boleh la dtg insyaallah..