SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, April 30, 2011

Program Zon Hijau @ Penyerahan anak pokok kepada penduduk taman.

Kehadiran YB Dato' Mohd Kamil dalam program pertanian yang di adakan di Balai Raya Kg Btg Rokan pada 27hb 04.2011 jam 2.30 petang kelmarin memberi kesan mendalam terhadap penduduk kampung yang hadir bersama dalam program Zon Makanan Lembah Klang yang di ajnurkan oleh Pertanian Daerah Tampin, yang mana program ini melibatkan 3 kg iaitu Kg Btg Rokan sebagai tuan rumah, Kg Mantai serta Taman Sri Intan pekan Gemencheh.
Pengerusi JKKK sedang memberi ucapan kata aluan, bersama yang hadir Pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah , YB Dato' Mohd Kamil ( ADUN ) serta Pengerusi JKKK Kg Mantai En Abdullah
Penduduk yg hadir serta wakil2 dari penduduk Taman Sri Intan dan Kg Mantai. Kehadiran penduduk kg berbangsa india ini jelas bahawa mereka telah mula bersetuju akan program yg di anjurkan.
YB Dato' menyampaikan amanat sempena program Zon Makanan Lembah Klang ini serta merasmikan program tersebut.
YB Dato' menerima benih pokok dari pegawai pertanian Daerah Tampin Pn Sharifah
En Abdullah Pengerusi JKKK Kg Mantai mewakili penduduk kg menerima anak benih pokok.
YB Dato' menggali serta menanam sebatang anak pokok limau kasturi sebagai simbolik program ini.
YB Dato' menyiram anak benih pokok.
Setiap peserta yang hadir dari 3 kampung akan membawa balik anak benih pokok untuk satu isi rumah, program zon hijau menggalakan penduduk kampung menanam pokok.

Khamis, April 28, 2011

Program Taqarrub JASA

Pada 25hb 4 2011 isnin jam 3.00 ptg berlangsungnya program Taqarrub di bawah perlaksanaan Pegawai Khas JASA DUN Gemencheh iaitu Sdr Khanafee B Mohd Riffa. Taklimat yang di sampaikan bertujuan sebagai penghubung perantaraan antara kerajaan dengan masyarakat.
Sdr Khanafee B Mohd Riffa sedang menyampaikan taklimat, turut serta Pengerusi JKKK serta Ketua UMNO Cawangan.
Sebahagian penduduk yg berkesempatan hadir di awal program
Taklimat yg di sampaikan amat berkesan pada penduduk yg hadir serta kehadiran penduduk india bersama dalam program JKKK kali ini memberi kesan bahawa mereka juga amat  bersetuju dengan corak pentadbiran JKKK mahupun Kerajaan.

Jumaat, April 22, 2011

Battle Of The Band Pemuda UMNO Bahagian Tampin

Pertandingan Battle Of The Band anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tampin pada 23-24 hb 04 2011 pada sabtu dan ahad di Dataran Kg Tengah amat berjaya. Walaupun program julung kali dia adakan, ia nya mendapat sambutan yg amat menggalakan dari golongan pemuda2 UMNO.
Kumpulan The Last Songs dari Kg Btg Rokan.
Timbalan Ketua UMNO bahagian Datuk Nasarudin, Ketua Pemuda UMNO Sdr Mohd Isam serta pengerusi JKKK Kg Tengah Tok Joe.
Urusetia2 program dari beliawanis Kg Btg Rokan
Kumpulan Sweat Chearity
Penyanyi dari Kg Btg Rokan mendapat hamper penyertaan.

Rabu, April 20, 2011

Komuniti Policing @ Keselamatan Kampung

Perbincangan kepolisian dan keselamatan bagi Kg Btg Rokan di adakan semula selepas mesyuarat Penubuhan Kepolisian peringkat DUN pada 6.04.2011 di perkarangan balai Polis Gemencheh yg lalu, Atas usaha untuk menjaga keamanan dan permasalahan kg, Pengerusi Biro keselamatan mengambil tindakan agresif untuk menubuhkan ajk baru bagi kepolisian Kg btg rokan yang telah lama tidak berjalan dari tahun 2007. Pada 16.04.2011 jam 9.00 malam, perbincangan penubuhan berjalan dengan lancar walaupun sambutan amat menduka citakan.
Dari kiri :- Sdr Azhari (S/U JKKK/Pengerusi Belia merangkap Pengerusi Skuad Muda RELA), Tn Zulkifli 
(Imam Masjid merangkap Pengerusi Keselamatan JKKK), En Jamaludin (Pengerusi JKKK), Tn SM Abd Karim (Ketua Balai Polis), Kpl Mohd Yunus (balai polis Gemencheh) dan En Zainal (Ketua UMNO Cawangan).
Sebahagian Belia dan warga kg yg berkesempatan hadir.Sebilangan ahli belia adalah ahli RELA yang sering meronda mlm tanpa bersama dengan jawatankuasa kepolisian yang dahulu. Atas rasa keperihatinan, Skuad Muda RELA di wujudkan bagi memantau keselamatan serta menghindarkan kegiatan mencuri dan sebagainya, Selepas mesyuarat penubuhan ajk ini, satu mesyuarat khas sekali lagi akan di adakan dalam masa terdekat bagi membincang perjalanan dan susun atur perrlaksanaan. "S.M.RELA mengharapkan kerjasama dari penduduk kg yang bukan terdiri dari kalangan AJK komuniti" kata Sdr Zaidani merupakan S/U bagi S.M.RELA.