SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Khamis, Julai 07, 2011

Malam Mesra Di Teratak Ct Rosdin

Jam 4.00 petang 2hb 07.2011 sabtu,Program malam mesra yang di jadualkan berlangsung dengan program memancing kategori wanita dan di ikuti lelaki dari jam 4.30 hingga jam 6.30 petang. Pada jam 6.45 petang acara mencokau itik di dalam kolam pula akan berlangsung, yang mana itik akan di lepaskan oleh tuan rumah iaitu Ybhg Datuk Nasarudin B Mahamud.
Sebahagian peserta wanita yang memancing
Kaunter pendaftaran
Sebahagian peserta lelaki yang turut serta
Acara Cokau Itik dalam Air
Tanda Kenangan dari Warga Kampung Batang Rokan buat Ybhg Datuk Nasarudin Bin Mahamud @ Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tampin merangkap tuan punya rumah Teratak Ct Rosdin.
Program anjuran bersama semua pertubuhan dalam Kampung yang melibatkan UMNO Cawangan, Belia 4B Cwng, Wanita dan Pemuda UMNO amat meriah. dengan pelbagai hadiah yang di sediakan termasuk cabutan bertuah. Ybhg Datuk Nasarudin sebagai tuan rumah telah menyediakan juadah makan malam iaitu nasi lemak, Ikan Bakar dll. Warga Kg juga melayarkan Slide Show pelbagai program dalam kg sebagai tatapan umum serta permainan In door game.
Warga Kg amat merasa bangga atas kerjasam semua pihak secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan program tersebut, lebih2 lagi kepada Datuk nasarudin yang membantu dari awal hingga akhir program tersebut. tak mustahil program begini boleh di jadikan acara tahunan.
gambar lain dlm Face Book Kg Btg Rokan.

Isnin, Jun 27, 2011

Gotong Royong Nadi Kasih

Gotong royong nadi kasih Yayasan 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB ) di bawah program Parlimen Kawasan Tampin di buat secara gotong royong melibatkan baik pulih rumah sekitar Daerah Tampin sejak bulan Mei 2011. Kg Btg Rokan tidak terkecuali mendapat perhatian dari UMNO Bahagian di bawah Pentadbiran YB Dato' Hj Shaziman B Hj Abu Mansor. Setelah pelbagai proses di lalui rumah En Md Shah B Mohd Noh telah di luluskan akan peruntukan baik pulih rumah tersebut, dan berjaya di laksanakan pada 26hb 06 2011.
Membuka atap yang bocor
Mengubahsuai dan menukar kayu2 yang reput
Sebahagian penduduk kg yg bersama
Skuad sayang @ wanita UMNO Cwng turut bersama
Antara Belia2 yang bersama
Keadaan hampir siap.
 Kaedah gotong royong membaik pulih rumah dapat merapatkan siratulrahim persaudaraan warga kg btg rokan, bukan sahaja membaik pulih, masak memasak pun di bantu oleh skuad sayang oleh wanita UMNO Cawangan. JKKK mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak dalam merencanakan program ini. Malah di harapkan akan menjadi tradisi kepada semua masyarakat kg yang lain.
Terima Kasih kepada YB Dato' Shaziman serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sdr Mohd Isam B Mohd Isa yang membantu menjayakan Program Nadi Kasih ini.

Rabu, Jun 15, 2011

Program Kebun Buah-buahan Lembah Kelang

Jam 2.30 Ptg pada 14hb 06 2011 bertempat di perkarangan Masjid Kg Btg Rokan, Program pengedaran pokok buah-buahan dan baja sempena merealisasikan Program Negeri Sembilan sebagai Kebun buah-buahan lembah Kelang.
Sesi pendaftaran kehadiran maklumat penduduk oleh Pn Azizah serta Pembantu beliau sebelum penyerahan benih pokok.
Hampir kesemua penduduk Kg yang hadir mendapatkan benih2 pokok yang di sumbangkan oleh Jabatan Pertanian daerah Tampin. Yang mana kali ini hanya penduduk rumah Kg sahaja menerima benih pokok tersebut selepas satu program yang di adakan kelmarin hanya melibatkan penduduk Taman sahaja. pengerusi JKKK mengucapkan terima kasih kepada Jabatan pertanian yang sering membantu pihak JKKK. serta kaedah begini sedikit sebanyak membantu penduduk kg.

Selasa, Jun 14, 2011

Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin.

Belia kg btg rokan tidak terkecuali terlibat dalam pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin pada 05/06/2011 berlangsung di Kg Tenai/Air gelugor. Pertandingan yang berjalan serentak bagi 3 DUN iaitu Gemas dan Repah serta Gemencheh. Penyertaan bagi Kg Btg Rokan dalam apa jua aktiviti samada dalam DUN atau luar sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhwah antara sesama pemuda mahupun belia antara lain2 kampung.
4 dari kiri : Bergambar kenangan Pengerusi program Sdr Azhari (K.Pemuda Kg Btg Rokan), Sdr Hafiz Suboh ( s/u JKKK Kg Tenai, YBhg Dato' Baharudin ( Pengerusi JKKK Kg Tenai ) serta Ybhg Sdr Mohd Isam B Mohd Isa ( K.Pemuda Bahagian Tampin ) dan Sdr Mazudin ( K.Pemuda Kg Rokan ) bersama pemain2 dari Kg Tenai A dan Mutiara A.
Urusetia terdiri dari Beliawanis Kg Btg Rokan serta Cik Azura mewakili pendaftar SPR dan UMNO Bahagian Tampin.

Pemain jersi hijau dan kuning dari Kg Btg Rokan.
Penyampaian cenderahati kepada Ketua Pasukan yang menduduki tempat ke 5 hingga ke lapan oleh wakil Pegawai Belia Daerah Sdr Jasni serta di perhatikan oleh Ketua Pemuda dan Pengerusi program.
Hadiah berupa Trofi Piala Pemuda DUN gemencheh serta wang tunai dan Medal kepada Juara Pertandingan Futsal iaitu Kg sungai dua dan di sampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin.
Pasukan yang menjadi juara akan mewakili Bahagian Tampin bagi pertandingan Sukan UMNO Negeri yang akan berlangsung pada 26/06/2011 di Seremban, dan yang mendapat tempat pertama hingga ke lapan layak untuk merebut Piala K.Pemuda di perlawanan akan datang bertemu DUN Gemas dan DUN Repah.