SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Jun 27, 2011

Gotong Royong Nadi Kasih

Gotong royong nadi kasih Yayasan 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB ) di bawah program Parlimen Kawasan Tampin di buat secara gotong royong melibatkan baik pulih rumah sekitar Daerah Tampin sejak bulan Mei 2011. Kg Btg Rokan tidak terkecuali mendapat perhatian dari UMNO Bahagian di bawah Pentadbiran YB Dato' Hj Shaziman B Hj Abu Mansor. Setelah pelbagai proses di lalui rumah En Md Shah B Mohd Noh telah di luluskan akan peruntukan baik pulih rumah tersebut, dan berjaya di laksanakan pada 26hb 06 2011.
Membuka atap yang bocor
Mengubahsuai dan menukar kayu2 yang reput
Sebahagian penduduk kg yg bersama
Skuad sayang @ wanita UMNO Cwng turut bersama
Antara Belia2 yang bersama
Keadaan hampir siap.
 Kaedah gotong royong membaik pulih rumah dapat merapatkan siratulrahim persaudaraan warga kg btg rokan, bukan sahaja membaik pulih, masak memasak pun di bantu oleh skuad sayang oleh wanita UMNO Cawangan. JKKK mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak dalam merencanakan program ini. Malah di harapkan akan menjadi tradisi kepada semua masyarakat kg yang lain.
Terima Kasih kepada YB Dato' Shaziman serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sdr Mohd Isam B Mohd Isa yang membantu menjayakan Program Nadi Kasih ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan