SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Mac 14, 2011

Sepetang bersama Masyarakat

Satu lagi program yang khusus buat penduduk kampung, program "sepetang bersama masyarakat" seperti program seisi mendengar masalah tahun lepas, cuma kali ini hanya perlaksanaan sahaja yang berbeza. Di mana selepas program ini, jabatan2 kerajaan yang berkenaan akan terus melawat ke tempat yang di katakan bermasalah. Lebih dari 30 wakil2 jabatan yang hadir dari Ybhg Tn Hj Razali (YDP/DO Tampin), Dato' Mohd Kamil B Abd Aziz (ADUN Gemencheh), Sdr Zahirin (K.Penlg Pagawai Daerah), dan semua jabatan2 kerajaan dalam Daerah Tampin.
Amanat yang di sampaikan oleh YB Dato' Mohd Kamil kepada penduduk yg berkesempatan hadir
Sebahagian dari pegawai, dan wakil2 jabatan yang turut hadir seperti Kesihatan, Cik Darashwati(pembangunan), JPS, JKR, Perikanan, Felcra, Polis, SAINS, MARA, Kemas, dsbgnya
sebahagian penduduk yg bekesempatan hadir, walaupun hujan renyai dari awal pagi.
Satu simbolik bagi merasmikan program "sepetang bersama masyarakat", Tn Hj Razali B Bakar dan pengerusi JKKK En Jamaludin memerhatikan YB Dato' Mohd Kamil merasmikan LOGO Kampung Batang Rokan.
Salah seorang penduduk yang menyuarakan masalah dan pandangan ramai penduduk kg
Kaunter bayaran luar cukai tanah jiga di buka pada program tersebut, bukan mudah juga bagi pihak PTG untuk memindah2 kan peralatan pejabat semata2 untuk memudahkan penduduk menjelaskan cukai tanah yang hanya boleh di bayar di Pejabat Tanah Tampin. Bagi pihak JKKK amat berterima kasih kpd semua yg terlibat.
nantikan paparan mesyuarat ajk Belia Kawasan Tampin di kg btg rokan, paparan skuad muda rela, dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan