SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Sabtu, Julai 31, 2010

Local Agenda 21

 Satu program Local Agenda 21 pada 28.07.2010 jam 8.00 pg di Dewan Seri Gemencheh anjuran Majlis Daerah Tampin, di mana program tersebut di rasmikan oleh Y.B Dato' Mohd Kamil B Ab Aziz ADUN kawasan Gemencheh.
Agenda 21 ialah satu program tindakan pembangunan mampan global. Antara agenda yang di jadualkan ialah Pertandingan memasak, gubahan dan Treasure Hunt Berbasikal atas kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. ( MDT )
 Kg Btg Rokan telah terlibat bersama dalam program tersebut dan menyertai pertandingan memasak, gubahan dsbgnya.

 Pn Saharah Bt  Daud mengambil bahagian memasak nasi kerabu
Pn Jamaliah Sharif mengambil bahagian mengubah jambangan sirih.
 
 Sdr Zahid Bin Osman @ An mengambil bahagian memasak ikan keli masak lemak cili api berseri nenas yang telah mendapat nom 3 pada pertandingan tersebut.
Secara Ringkasnya Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan