SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Rabu, Januari 13, 2010

BUAT PEMIMPIN POLITIK

Keliru dengan fahaman politik yang suka mempolitikkan agenda yang x sepatutnya, dan mengambil kesempatan. Jelas hari ni w.k telah menodai blog kampung ini yang sepatutnya bukanlah untuk di jadikan medan politik. Kekesalan tentang agenda tersebut, ingin w.k jelaskan bahawa parti politik yang hadir kelmarin bukan lah berniat untuk menziarah atau pun menyalurkan sumbangan sepenuhnya. Tetapi dengan niat mengambil kesempatan dan mengundang fitnah yang sengaja. Fahaman politik melayu yang angkuh pada diri. Sebagai tuan rumah yang masih lg bersedih di undang dengan persoalan politik memang x sepatutnya berlaku. Menziarah lah dengan rasa simpati atas kejadian yang menimpa atau pun sedekah kan Al fatihah buat mangsa keluarga. Persoalan yang berbau politik tidak sepatutnya di jadikan isu.Kesempatan menziarah di jadikan alasan kepada pihak tertentu, tp propaganda yg di utamakan.hanya persoalan yang pihak tersebut tidak berpuas hati sahaja yang sering di ajukan. kita sebagai umat islam redha dengan ketentuan Nya. Biarlah apa yang mereka nak kata dan mencipta sejarah baru.

Ahli politik yang hadir pada 10hb kelmarin jelas mengubah sesuatu tindakan untuk mengaburi semua pihak dan masyarakat mahupun semua umat di Malaysia. Rombongan mereka di sambut baik oleh ahli keluarga sehingga selesa punggung mereka duduk di bangku tuan rumah sambil di hidangkan dengan juadah makan minum. Zalim kah kita sebagai manusia beragama dan di fitnah sebagai perosak bangsa. Hanya keluh kesah dari semua dan pihak tuan rumah hanya meminta perkara ini jangan lah di politikkan, dan janganlah di perbesarkan. Jelas keangkuhan dan kebiadapan berada dalam kalbu mereka dan sanggup memutar belit cerita.... Selaku tuan rumah jelas teras kecil hatinya.

“"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

p/s : jangan lah memanjangkan fitnah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan