SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Isnin, Disember 28, 2009

Program Lembaga Getah Malaysia


Program Kursus Barangan Lateks anjuran Lembaga Getah Malaysia dari LGM Wilayah Tengah.

Program Yang Di Rasmikan Oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Sobran B Ibrahim
( Pengarah LGM Wilayah Tengah )

Program Yang Berlangsung Selama Tiga Hari Dari 28hb - 30hb Disember 2009 Yang Melibatkan 30 Orang Peserta Kursus



MISI LGM.


Meningkat Daya Saing Dan Daya Maju Industri Getah Malaysia Dalam persekitaran Global Melalui Penyelidikan Dan Pembangunan Berfokas, Pemindahan Teknologi Berkesan Dan Perkhidmatan Sokongan Berkualiti...



Ucapan Perasmian Program Kursus Oleh Pengarah

Penyampaian Cenderahati Kepada Ybrs Tuan Haji Mohd Sobran B Ibrahim
Pengarah LGM Wilayah Tengah )


Penyampaian Cenderahati Dari Pengarah Ke En Zainal ( Wakil JKKK )


Tok Din Menyatakan Program ini Program pertama kali di adakan di Wilayah Tengah Negeri Sembilan.

Tok Din juga memaklumkan bahawa kursus lanjutan akan di adakan untuk seisi ke 2 dan ke 3 akan datang. Memandangkan sambutan dari peserta kursus amat memberansangkan.

Tok Din Menaruh harapan agar dapat menjadikan sumber tambah nilai ekonomi bagi penduduk setempat. Memandangkan hasil daripada program yang diusahakan mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga kehabisan stok ( laporan dari pegawai LGM ) yang pernah diadakan di LIMA 09 dan EXPO Perdagangan MITC Air Keroh Melaka Kelmarin )


Berharap kepada peserta kursus agar menerima segala ilmu, tunjuk ajar dan praktikal yang dilaksanakan semasa bekursus supaya dapat menghasilkan produk tersebut di masa akan datang dan seterusnya.

Syabas dan Tahniah di Ucapkan kepada yang berusaha ( LGM Wilayah Tengah ) serta peserta kursus yang sudi melapangkan masa hadir dalam melaksanakan program tersebut dan sanggup menerima arus perubahan teknologi terkini.


SEMOGA MAJU JAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan