SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Selasa, Jun 15, 2010

Belia dan warga kampung aktif

Alhamdulillah. Pemuda mahupun belia kg ini masih lagi aktif bersama dalam apa jua program kampung ini. Paparan ini sekadar makluman kepada generasi akan datang bahawa akan tiba masanya anda akan berada di satu peringkat perubahan di luar sedar. bayangkan jika anak muda tidak didik untuk mengamalkan kewajipan bermasyarakat. apa kan jadi pada generasi akan datang. Kg Btg Rokan masih bertuah mempunyai tenaga generasi baru yang kuat dan memainkan peranan yang benar sebagai pejuang wakdah akan datang.

Kemasyarakatan begini harus terus dipupuk agar tidak akan memecah belahkan generasi pelapis dan kaedah begini akan mengeratkan lagi silaturahim antara dua generasi.


 Ahli belia yang aktif juga dalam pasukan kompang

 foto telah menggambarkan segalanya.. harapan w.k agar perkara begini akan terus menjadi satu kekuatan pada generasi akan dtg..

Isnin, Jun 14, 2010

Persidangan UMNO Tahun 2010

Persidangan UMNO Cawangan Kg Btg Rokan telah berlangsung pada 13hb 06 2010 tepat jam 3.30ptg hari ahad. Persidangan kali ini telah berjaya menambat hati anak muda agar terus menyertai UMNO. Matlamat agar anak2 muda terus memahami akan tujuan UMNO.

kemeriahan yg terpapar menunjukan semangat yg kuat bagi penduduk kampung.
Ucapan ringkas dari En Zainal B Abd Wahid.

Sebahagian Wanita yg hadir, foto x berapa menarik dan lupa nak snap foto yg lain.

Banyak usul yang di bawa untuk tahun ini. Dan harapan agar usul tersebut akan di terima oleh kepimpinan peringkat tertinggi.

Mesyuarat Gerakan Belia 4B Kg Btg Rokan

Pada 9hb 06 2010 berlangsungnya satu program ramah mesra Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Tampin serta Pengerusi2 Cawangan Gerakan Belia 4B bersama YB Dato' Mohd Kamil di Balai Raya Kg Jelawai.( belum di paparkan ). dan atas tindakan yang wajar, gerakan belia 4B kg btg rokan telah mengadakan mesyuarat yang berlangsung pada 11hb 06 2010 pada jam 9.00 mlm.



Usaha bersama untuk menjadikan Belia generasi baru aktif  yg di sarankan oleh Pengerusi Sdr Azhari bersama AJK yang terpilih harus di segerakan. perlbagai cadangan dan program telah di rancang. nantikan sahaja program yg akan dipaparkan.

Isnin, Jun 07, 2010

Kg si pening Lalat...

Berlangsungnya satu majlis walimatulurus di Kg Btg Rokan pada 4,5,6hb 6 2010. Cuma paparan yg di sampaikan bukan kisah pengantin mahupun keluarga pengantin. Cuma gambar ini akan menyatakan segalanya.

jelas di lihat sini, serangan lalat yg bakal mengubah nama kg ni.

Bayangkan bila masa makan tengahari ????

Ini adalah masalah yg telah berpuluh kali di ajukan kepada pihak pemimpin tertinggi, Namun kenyataan ini tetap tidak akan berubah, walaupun dah banyak kali kisah ni di paparkan..
Mungkin selagi kilang ayam ni tidak di tutup, selagi itulah kg ni akan di serang oleh lalat..