SELAMAT DATANG KE JKKK KAMPUNG BATANG ROKAN, 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.....PELANCARAN BLOG KG BTG ROKAN PADA 15 JUN 2009...

Jumaat, April 09, 2010

Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK DUN Gemencheh

Hari Isnin 05/04/2010 yang lepas telah diadakan Mesyuarat Bulanan Pengerusi JKKK Dun Gemencheh di Kampung Batang Rokan..Tuan Rumah untuk bulan ini telah di sambut baik oleh Pengerusi Kg Btg Rokan iaitu En Jamaludin B Piee di Teratak Kediamannya. Walaupun ruang sempit, namun kehadiran Pengerusi JKKK serta Setiausaha seluruh Dun begitu ramai tidak melemahkan semangat untuk meneruskan Mesyuarat tersebut.

YBDato' Kamil telah mengambil pendekatan yang tepat dimana  mesyuarat bulanan Pengerusi2 JKKK kampung Dun Gemencheh diadakah di rumah Pengerusi JKKK kampung itu sendiri ...beliau mengambil  kesempatan tersebut untuk berada lebih dekat bersama dengan pemimpin-pemimpin di bawah pentadbiran beliau..Selain mendengar permaslahan kampung , hubungan antara mereka juga lebih akrab.


ini lah sumbangan bakti dan keperihatinan YB Dato' Mohd Kamil kepada semua pemimpin2 di bawah pentadbirannya. YB mengharapkan kerja setia rakyat yang harus dipertingkatkan oleh semua JKKK dalam Dun Gemencheh agar seiring dengan slogan rakyat di dahulukan..

Pihak JKKK  Kg Btg Rokan mengucapkan terima kasih yang x terhingga kepada YB Dato' Mohd Kamil ADUN kawasan Gemencheh yang sering turun padang dan sentiasa berusaha membantu saf kepimpinan beliau untuk menerajui semangat memperjuangkan nasib rakyat.Semoga Rahmat dan Hidayah melimpah ke atasmu... Aminn.....

Rabu, April 07, 2010

Temuduga Terbuka.....


Satu seisi Temuduga kilang OHARA DISK (M) SDN BHD akan berlangsung pada 11/04/2010 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari ahad di Balai Raya Kampung Batang Rokan.
Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hadir pada tarikh tersebut.
Hanya Operator Wanita Sahaja..

Selasa, April 06, 2010

Harapan Tanpa Suara ( Kami Perihatin )



Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan

Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah

Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah


Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan

Ahad, April 04, 2010

Hilang atau Di Hilangkan..

Segelintir pihak mengambil langkah mudah untuk cepat mendapat keuntungan tanpa mengira dari mana sumber tersebut. Lihat sahaja foto ini kita dapat bayangkan, betapa mudah dan pantas mereka mengambil kesempatan.


Penutup besi ni pun kena rembat.

 w.k paparkan kisah ni sebagai tatapan untuk kita berfikir, kaedah yang bagaimana untuk kita memastikan perkara ini x akan berlaku di mana2.. Selagi benda yang hilang ini boleh di jadikan hasil, w.k pasti banyak lagi tempat2 lain yang mengalami nasib yang sama.